~AHLAN WASAHLAN~

Saturday, December 15, 2012

tidak mengerti kenapa tetapi hati ini seakan tawar untuk terus bersama mereka

mereka kata berjuang untuk Islam tercinta tetapi 

apa yang ana lihat perkara lagha terus terjadi

ana tak faham apa yang mereka cuba lakukan

terasa hati amat hancur dengan apa yang terjadi

bukan ana cuba mengatakan diri ini baik atau apa sahaja yang di fikirkan tapi

ana tak ingin melihat kemungkaran terus berlaku

:'(

ana sangat sedih

terlalu banyak dugaan yang ana hadapi untuk terus berada di jalan Allah

tapi ana harus kuat demi mencapai kemanisan syurga 

terus bermujahadah dalam suasana penuh kepayahan 

yakin dengan janji Allah

bertawakal hanya pada-Nya

Allah adalah segalanya. . . .

Ya Allah andai ini baik buatku dan agamaku

permudahkanlah segalanya. . . . 

ana akan terus berpegang dengan bersungguh-sungguh 

dengan janji Allah dalam Surah Muhammad ayat 7

A007
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Ya Allah moga perjuangan ana mendapat redha-Mu




Saturday, December 8, 2012




Mungkin ada antara sahabat-sahabat ana pernah mengalami keadaan seperti ini
: sering dikaitkan dengan muslimin dan di Match Making :

ana bukan marah tapi ana rasa tidak selesa dan yang paling penting ana tidak suka  

ana merasa cinta yang dipelihara untuk yang halal seperti telah di nodai 

dengan perkara-perkara seperti ini

bukan ana terbaik atau alim

tapi ana mohon dimengerti bahawa cinta ana dipelihara untuk yang halal

buat masa ini cinta ini hanya untuk Kekasih Teragungku

Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W

Mak dan Ayah

Adik-beradik

My beloved friends

tekad ana untuk habiskan pengajian 

bahagiakan mak dan ayah, 

In Shaa Allah 

soal membina baitul hikmah ana tolak tepi dahulu

tapi andai Allah telah menetapkan sebaliknya

ana redha, mungkin jodoh ana telah sampai 

priority ana sekarang adalah tamatkan pengajian dahulu

dalam urusan jodoh ana tidaklah mencari yang terbaik, alim, sempurna

kerana ana pun bukanlah sesempurna mana

masih mencari segenap cahaya menerangi jalan yang dilalui

cukuplah seorang yang boleh membimbing ana

mengingatkan ana akan negeri akhirat

yang mana cinta ana dan "dia" berterusan hingga ke Syurga Allah (In Shaa Allah)

seorang yang cinta nya adalah kerana Allah semata


Ya Allah moga cinta ku buat masa ini hanya terpelihara hanya untuk-Mu Ya Allah~

#ana bukanlah muslimah solehah tapi mencuba menjadi solehah,moga-moga Allah perkenankan doa Ana#










Thursday, November 1, 2012

Moga-moga cerita ini dapat memberi manfaat pada kita semua dan membuat kita berfikir betapa kita amat beruntung.
Dan marilah bersama kita renung dan muhasah diri apa yang kita telah sumbangkan buat agama Islam kita yang tercinta ini.



Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Di bawah.....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik selimut semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik.

Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu Akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa. Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tabir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang adik sangkakan. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid, mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan- kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana?" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang rongak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung- laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid", muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil, bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba..... "Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh adik untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu- mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik. Wallhua'lam.

"Sesungguhnya kami mendidik generasi pejuang hari ini 20 tahun sebelum kelahiran mereka."- Osama Ben Laden

" Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu." - Al-Fajr: 27-30-

Begitu besar jihad dan pengorbanan yang mereka (rakyat Palestin) perlu lakukan. Demi Agama dan negara yang dicerobohi oleh yahudi laknatuLlah..... sedangkan apakah jihad yang telah kita lakukan?......



Thursday, October 11, 2012




CINTA 
Fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai.......tak dapat dinafikan kerana ini adalah satu perasaan yang dikurniakan Allah buat kita....tanpa cinta manusia tak akan mampu hidup


Tapi jangan di sempitkan fikiran kita bahawa cinta hanyalah cinta antara lelaki dan perempuan sahaja....

Cinta yang teragung yang perlu setiap insan sematkan dalam jiwa adalah cinta kepada Allah Yang Maha Esa.....

Seterusnya peruntukkanlah cinta kita buat Baginda Rasulullah S.A.W.....banyak yang Baginda tempuh untuk memastikan Islam terus berkembang megah di bumi Allah ini....

Dan seterusnya cinta kita buat Mak dan Ayah, banyak mereka berkorban untuk kita......bagaimana mereka bekerja keras untuk kita mendapat makanan berkhasiat, pelajaran terbaik,pakaian yang terbaik dan banyak lagi

Cinta seterusnya buat insan pemilik tulang rusuk kita......cinta yang harus dipupuk selepas terjadinya lafaz ijab dan kabul....cinta yang sentiasa dalam redha Illahi.....cinta yang kekal hingga syurga abadi.....

cinta ini kadangkala menyakitkan dan kadangkala membahagiakan....

Ia boleh menjadikan manusia lupa segalanya.....apa yang dapat saya perhatikan, yang berlaku di sekeliling saya....

ia adalah sesuatu yang biasa lelaki walau bagaimana jahat dia sekalipun tapi jika dia mencari calon isteri dia pasti akan mencari yang baik
walau pun pasangan @ girlfriend dia seksi teramat sangat, dia pasti mahukan wanita yang tertutup menjadi isterinya dan ibu pada anak-anaknya....

dan begitu juga dengan wanita walau macam manapun dia sosial, seksi pasti dia mahukan suami yang boleh membimbing dia ke jalan Allah....

tapi ingatlah firman Allah dalam Surah An-Nur

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik.....

dalam pencarian kita untuk mencari yang baik pastikan kita dahulu berubah ke arah kebaikan....kita harus pastikan cinta kita adalah kerana Allah.....

letakkan Allah pertama di hati...pasti Dia akan sediakan atau kurniakan kita suami atau isteri yang soleh dan solehah......


jumpa quote yang agak best di FB

APABILA DIRIMU MEMINATI SESEORANG, MOHONLAH KEPADA ALLAH SWT AGAR HATINYA AKAN KAMU MILIKI. JIKA KAMU SANGAT MENGINGINKANNYA DENGAN SEBENAR-BENAR KEINGINAN, MAKA BERMOHONLAH DENGAN SEBENAR-BENAR PENGHARAPAN.

JANGAN SESEKALI KAMU MERAYU PADA SI DIA, KERANA BICARANYA MUNGKIN AKAN MEMBUATKAN KAMU TERLUKA. APABILA HATI DIPERSENDA, PASTI SEBUAH KEKECEWAAN AKAN MENERPA .

NAMUN, JIKA DIRIMU MEMOHON TERUS KEPADA ALLAH, PENCIPTANYA, DUA KEMUNGKINAN SEDIA MENANTI KAMU, IAITU MUNGKIN DIRIMU MENDAPATKAN HATINYA ATAU MUNGKIN KAMU AKAN MENDAPAT SESEORANG YANG LEBIH BAIK DARINYA


buat wanita jadilah wanita yang mahal jangan terlalu mengejar cinta lelaki yang tidak halal buatmu (peringatan buat diri ku yang lemah ini juga)

Ya Allah kurniakanlah aku pasangan yang soleh/solehah yang mampu membawa aku menuju syurga abadi Mu...

Ya Allah bantulah aku
mencari imam yang mampu menjadi tisu ketika sedih, mampu menjadi tiang ketika lemah dan yang paling penting mampu membimbing bersama2 utk bertemu d syurga kelak...

~Amin Ya Rabbul Alamin~








Wednesday, September 19, 2012

~ost ketika cinta bertasbih~








Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Tuesday, September 11, 2012

~Wanita dan Aurat~

Wanita dan Aurat adalah satu topik yang seronok untuk dibincangkan. Sebelum kita pergi lebih jauh lagi apa kata kita lihat dahulu definisi aurat.

Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.

Maksud Aurat dari segi syara':Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)

Aurat seorang Muslimah adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Al-hamdulilah sekarang rata-rata kaum wanita  di Malaysia sudah ramai yang berhijab. 

Tapi apa yang amat merisaukan adalah rata2 yang memakai tudung ini tidak mengikut syariat yang digariskan Islam...

Kenapa saya cakap macam tue?

Sebab

mereka bertudung tapi.....

memakai legging dan baju adik mereka berumur 5 tahun....

memakai baju kebaya yang kainnya terbelah sampai pangkal betis....

Al-hamdulilah cantik berbaju kurung TAPI?????
jarang hingga boleh menembusi dan menarik perhatian kaum ADAM.....

kerana terlalu ingin berfesyen syariat terus dipinggirkan....

itu adalah contoh-contoh yang bertudung tapi tidak berpakaian mengikut cara yang betul...

Bagaimana pula jika ada yang berkata begini...???

Pakai Tudung?....tak sedia lagi la......

Panas la pakai tudung......

cuba bagi alasan tu kat ALLAH agak2 Dia terima tak??

macam mana kalau tiba2 Malaikat Maut datang dan ambil balik nyawa kita???

agak2 kat mana tempat kita??

syurga or neraka????

macam mana dengan siksaan kubur yang teramat dasyat tue???

lepas tu ada pulak kes macam ni...if suruh labuhkan sikit tudung tue......

ala tudung labuh tu untuk ustazah2 je.....lagi pun panas la pakai labuh2 nie....

sebenarnya tak salah untuk kita berfesyen dalam memakai tudung....
 nbak kata ustaz Don:  
hangpa nak pakai lagu mana tudung tu pun xpa.. nak belit ka? nak pusing2 ka? nak boh ramu2 ka? mcm mana pun boleh...

 BUT!!!!!!!!!! ada 4 syarat yang harus di patuhi...

jom sama2 tengok video nie....

http://www.youtube.com/watch?v=2vrxzIOWYbU


Wahai saudari-saudari...

ingatlah mati datang bila-bila masa sahaja.....

mungkin saat sedang membaca post ini malaikat maut datang menjemput kita berjumpa Kekasih Teragung.....

apakah mampu kita tahan???

Wait...wait...saya nak belajar pakai tudung dulu.....sekarang baru saya sedia.....
BOLEH???????

maut akan menjemput kita tanpa mengira waktu...tempat..umur....bangkitlah....berubahlah....







Friday, August 5, 2011

Kisah Cinta Nabi Yusuf A.s dan Zukaikha

 Zulaika adalah isteri kepada perdana menteri Mesir yang cantik menawan ,usianya terlalu muda untuk berdamping dengan seorang perdana menteri , manakala Nabi Yusuf Alaihissalam merupakan pemuda mulia dari garis keturunan yang sangat mulia ,memiliki wajah yang tampan, berkeperibadian yang suci dan jernih, menyebabkan 0rang tuanya sangat mengasihaninya,hinggakan saudaranya iri hati dan akhirnya melahirkan tipu daya utuk memisahkan Yusuf dengan orang tuanya dan melemparkan Yusuf ke dalam sumur tua, di tengah padang pasir.Kemudian mereka memberitahu ayahandanya bahawa Yusuf telah dimakan serigala. Yusuf akhirnya ditemukan para musafir, lalu dibawa ke negeri Mesir untuk dijual sebagai hamba.   Yusuf telah dibeli oleh perdana menteri Mesir , dan dipelihara di sebalik tembok istana sehinggalah dewasa, serta dianggap sebagai anak kandung , bahkan suami isteri tersebut (perdana menteri dan Zulaika) telah memaklumkan keluarganya bahawa kelak Yusuf bakal mewarisi kekuasaan mereka.Apabila telah meningkat dewasa, Yusuf membesar menjadi pemuda yang sangat tampan dan berkeperibadian yang sangat menawan membuatkan mereka yang melihat terutamanya kaum Hawa tergila-gilakannya. Namun,ALLAH Azza Wajalla memeliharanya dengan menghiasinya dengan perilaku terpuji, jiwa yang kukuh serta kepintaran dalam membaca hakikat kehidupan , baik yang berdimensi ghaib mahupun sesuatu yang akan terjadi pada masa yang akan datang.   Pada era keemasan masa mudanya, iaitu ketika dia berusia 25-30 tahun, ALLAH S.W.T telah mengurniakannya ketajaman mata hati dan fikiran serta hikmah bagi memberi penyelesaian atas segenap permasalahan yang menghimpit zamannya.Benarlah berdasarkan kalam ALLAH dalam surah Yusuf ayat 20-22:   Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.  [21] Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.  [22] Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya   Oleh kerana Zulaika ketika itu masih muda dan cantik menawan,Zulaika tidak berkuasa mengawal hawa nafsunya terhadap Yusuf kerana pandangannya terhadap Yusuf tidak sama dengan pandangannya terhadap suaminya.Perdana menteri pula berharap kelak Yusuf Alaihissalam boleh menjadi pembantu kerjayanya dalam menguruskan negerinya, atau dijadikan anak angkat kerana isterinya tidak dikurniakan keturunan (anak). Zulaika teringin menjadikan Yusuf kekasih hatinya disebabkan sangat terpesona dengan ketampanan dan kegagahan Yusuf .Zulaika sangat yakin bahawa dirinya akan mampu menakluki Yusuf dan melaksanakan perintahnya, akan tetapi tekaan itu salah kerana Yusuf Alaihissalam sama sekali tidak memberi tindak balas dan tidak sesekali terpengaruh dengan pujuk rayu dan tipu dayanya   Pada suatu hari Zulaika telah memnaggil Yusuf ke kamarnya, tatkala Yusuf a.s berada di kamarnya, Zulaika tutup rapat-rapat pint kamar itu serta menguncinya untuk mengajak Yusuf bercinta dengannya.Sungguh dalam situasi seperti itu merupakan saat yang paling sulit dalam kehidupan Yusuf a.s , namun kejernihan hati dan akalnya mampu membimbing hatinya ke cahaya iman, membuatkan Yusuf menolak ajakan Zulaika.Yusuf kemudian berdoa : Aku berlindung kepada ALLAH , Dia adalah tuhan dan penciptaku, yang telah memuliakan diriku dan memberikanku kedudukan yang mulia di antara para manusia, Wahai tuhanku tolonglah diriku dan peliharalah diriku daripada nafsu perempuan ini , jadikanlah diriku tetap kuat menjaga amanatMU, jagalah diriku dari perbuatan dosa dan perilaku pengkhianatan , lalu ALLAH s.w.t mengabulkan doa Yusuf.   Melihat cinta buta Zulaika,Yusuf berusaha menyelamatkan dirinya dengan berusaha berlari menuju pintu untuk menhindarinya.Akan tetapi Zulaika mengejar Yusuf untuk menariknya hinggakan baju bahagian belakang Yusuf terkoyak.Tiba-tiba dengan takdir ALLAH , suami Zulaika berada di depan pintu kamar.Yusuf a.s pun terkejut dan dihinggapi rasa takut dituduh berkhalwat.Demikian dasyatnya tipudaya Zulaika memutar balikkan fakta lalu memfitnah Yusuf menggoda dirinya.Kemudian datanglah kerabat perdana menteri melontarkan pendapat untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, beliau berkata: Jika baju gamis Yusuf koyak di bahagian depan, kata-kata Zulaika ada benarnya dan Yusuf adalah berbohong, Sebaliknya jika baju gamisnya koyak di bahagian belakang , itu adalah bukti bahawa Yusuf telah berusaha menghindari diri dari Zulaika .   Perdana menteri meneliti koyakan baju Yusuf a.s lalu mengerti siapa yang sebenarnya bersalah, akan tetapi dia cuba menutupi aib yang telah dilakukan isterinya .Namun khabar itu akhirnya tersebar , lantas Zulaika dianggap sebagai wanita ‘jalang’ kerana berusaha menundukkan Yusuf, anak angkatnya sendiri.Mendegar penistaan terhadap dirinya, Zulaika cuba untuk membersihkan maruahnya dengan mengatur strategi untuk member pengajaran kepada mereka yang telah mengumpatnya, lalu mengundang para perempuan untuk menghadiri jamuan makan dirumahnya , serta masing-masing diberikan pisau untuk mengupas buah .K etika mereka mulai mengupas buah, Zulaika lantas memanggil Yusuf menampakkan diri di tengah-tengah mereka.para hadirin yang melihat berasa takjub akan ketampanan Yusuf tanpa sedar bahawa pisau mereka telah melukakan tangan mereka sendiri. Mereka mengira Yusuf adalah malaikat , berdasarkan kalam ALLAH dalam surah Yusuf ayat 31:   Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"....   Para pegawai kerajaan Mesir akhirnya memasukkan Yusuf ke dalam penjara , untuk menutup aib . Oleh yang demikian, penduduk Mesir beranggapan Yusuflah yang bersalah padahal masuk penjara tersebut adalah pilihan Yusuf sendiri .Demikian selama betahun lamanya. Pada suatu hari Raja Mesir bermimpi , dan tiada satupun ahli tafsir mimpi yang dapat menafsir , lalu Yusuf ditakdirkan mampu menjelaskan maksud mimpi itu dengan bijak.   Keterangan tersebut membuat raja Mesir Masgbul, namun Yusuf a.s menolak untuk keluar dari penjara selagi dia belum bebas dari fitanah yang melanda dirinya.Raja Mesir memenuhi permintaannya lalu mengumpulkan semua wanita untuk menceritakan perihal memotong jari mereka. Zulaika juga turut mengaku dengan penuh kejujuran bahawa dialah yang menggoda Yusuf.Benarlah berdasarkan firman ALLAH dalam surah Yusuf ayat 50-53:   [50] Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka ? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka".  [51] Setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka: "Apahal kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai dirinya?" Mereka menjawab: JauhNya Allah dari segala cacat cela, kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf". Isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi ia telah menolak); dan sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang benar.  [52 "(Pengakuanku) yang demikian supaya ia mengetahui, bahawa aku tidak mengkhianatinya semasa ia tidak hadir (bersama di sini); dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat.   Kemudian, setelah terbukti Yusuf a.s tidak bersalah,Raja Mesir telah memberikannya kedudukan yang mulia dan peranan yang besar dalam kekuasaan .   Seiring dengan perubahan zaman, Zuliaka pun semakin lanjut usianya. Zulaika kini menjadi wanita tua dan papa, matanya rabun dan pendengarannya tidak tajam.Meskipun demikian gelora cintanya kepada Yusuf a.s tidak pernah padam.Pada awalnya Zulaika merupakan penyembah berhala , kemudian hatinya telah berpindah kepada ALLAH azza wajalla .   Zulaika berdoa: “Wahai ALLAHku, kini tiada lagi harta , kedudukan dan kecantikkan yang kumiliki.Diriku hidup sebatang kara , tua, hina dina dan papa kedana.Engkau uji diriku dengan cintaku kepada Yusuf a.s. Wahai ALLAHku, aku sungguh sangat terseksa di daerah kerinduan tiada bertepi , aku tak kuasa menahan cintaku terhadap Yusuf a.s. Maka sambungkan cintaku kepada cinta Yusuf a.s .Jika Engkau tidak berkenan mewadahi cintaku dengan cinta Yusuf . Maka ambilkan cintaku di hati Yusuf a.s , agar aku muarakan segenap cintaku hanya kepada ENGKAU semata.”   Para malaikat menyemak lantunan munajat Zulaika , lalu memohon kepada ALLAH S.W.T : Wahai tuhan kami, sesungguhnya Zulaika menghadap dirimu dengan ketundukan yang tulus .Dia berdoa kepadamu dengan kejujuran imannya .Maka kabulkan d0anya wahai tuhan kami.ALLAH berkata kepada para malaikatNYA : wahai para malaikat telah tiba waktu menolong Zulaika”   Suatu hari, Yusuf melintas di tempat Zulaika tinggal.Tiba –tiba Zulaika terlihat Yusuf.Apabila Yusuf semakin dekat dengannya, Zulaika berkata . ‘ Wahai suci ALLAH , Tuhan yang telah merubah nasib se0rang abdi dengan kasih sayangnya menjadi penguasa negeri.mendengar suara tersebut, Yusuf berhenti melangkah dan menoleh seraya berkata: “siapakah dirimu?”.Aku adalah wanita yang mengemis cintamu dengan menghiasi diriku semenawan yang mungkin dihadapanmu, namum kecantikanku tidak lansung sama sekali membuatkanmu tergoda dan berpaling kepadaku.   Aku adalah wanita yang perutku tidak terkenyangkan dengan makanan sejak pertama kali jatuh cinta kepada dirimu .Aku adalah wanita yang tidak tidur malam sejak pertama kali bertaut pandang denganmu. Yusuf a.s berkata: Engkau pasti Zulaika , benarkah dugaanku? Dimanakan kekayaanmu? , Kecantikanmu?.Zulaika menjawab” semuanya terkubur oleh cintaku kepadamu wahai Yusuf a.s   Berkata Yusuf lagi, Bagaimana keaadaan cintamu?.Zulaika berkata: rasa cintaku tetap seperti dulu bahkan semakin mendalam: Bertanya Yusuf Apa yang engkau inginkan saat ini wahai Zulaika? Dia menjawab: kecantikan, harta dan jalinan pernikahan. Yusuf sangat terkejut lalu bergegas meninggalkan Zulaika.   ALLAH S.W.T kemudian menurunkan malaikat Jibril denagn membawa wahyu daripadaNYA: Wahai Yusuf , kau melontarkan pertanyaan kepada Zulaika apa yang engkau inginkan pada saat ini, akan tetapi kau tidak menjawabnya.Kau menajukan pertanyaan kepadanya , Namun setelah dia menjawab kau tidak memperhatikannya. Ketahuilah Yusuf bahawa ALLAH akan menikahkanmu dengan Zulaika.ALLAH sendiri yang telah melamarnya untuk dirimu. Para malaikat menjadi saksi pertunanganmu, para dayang dan bujang syurga menjadi pengembira pernikahanmu.Yusuf a.s berkata : Bukankah Zulaika ketika ini tidak cantik lagi? Dia tidak berharta dan tidak muda lagi? Jibril berkata kepada Yusuf a.s sesungguhnya ALLAH berkata kepadamu,Zulaika memang tidak lagi muda dan berharta, akan tetapi ALLAH memiliki kekuatan dan keperkasaan , Kehendak serta kudrat.Dan jika ALLAH mengkehendaki sesuatu jadi, maka jadilah sesuatu itu!   ALLAH s.w.t menganugerahkan kepada Zulaika kecantikan dan kejelitaan seperti gadis berusia 17 tahun . Selepas pernikahan Yusuf dan Zulaika ,Yusuf a.s tidak dapat menahan diri menatap wajah isterinya, sehinggakan benar-benar merayu cinta isterinya.Pernah suatu ketika Zulaika ingin melanjutkan solatnya, namun Yusuf mahukannya, lalu Yusuf a.s mengejarnya sehingga tercarik bajunya.Melihat kejadian itu, Jibril turun dari langit mendatangi Yusuf a.s. Dia berkata kepada Yusuf a.s ; Wahai Yusuf baju dengan baju. Kepedihan Zulaika terbalas dengan kepedihanmu! Maha suci ALLAH. Tuhan pengubah situasi!..Zulaika telah disinari cahaya iman dan Islam, cintanya kini kepada ALLAH s.w.t …    
http://starzzsite.blogspot.com​/2010/03/kisah-cinta-zulaika-d​engan-nabi-yusuf_6665.html