~AHLAN WASAHLAN~

Tuesday, December 7, 2010

kisah teladan: KEIKHLASAN 3 PEMUDA

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menceritakan:
Pada suatu hari ada 3 pemuda yang mengembara terperangkap dalam sebuah gua. Lalu mereka bertiga berdoa kepada Allah agar dapat mengalihkan batu besar  yang menutup pintu gua agar mereka dapat keluar dari gua tersebut.
Pemuda pertama mula bercerita tentang amalan yng telah dilaksanakan terhadap keluarganya. Dia adalah seorang pengembala kambing. Susu yang diperolehi daripada kambing itu akan diberi minum kepada kedua ibu bapanya dahulu sebelum diberi kepada isteri dan anak-anaknya. Walaupun anak-anaknya menangis kelaparan,dia tetap mengutamakan kedua orang tuanya. Dia berdoa jika amalannya itu adalah kebajikan,keluarkanlah mereka dari gua tersebut. Dengan kekuasaan Allah maka batu tersebut beralih sendiri tetapi mereka tetap tidak boleh keluar dari gua tersebut.
Kemudian pemuda kedua pula menyambung ceritanya. Dia terpikat dengan anak pak ciknya sendiri yang sangat cantik. Pada suatu ketika dia tidak dapat mengawal lagi dirinya lalu cuba menggoda gadis itu. Lalu gadis tersebut menegahnnya:
" Tidakkah kamu takut kepada Allah?Masih ada cara yang halal untukmu iaitu berkahwin denganku."
Lalu pemuda itu menguburkan keinginnanya kerana sedar akan kesilapannya.
Dia pun mula berdoa kepada Allah:
" Ya Allah,jika Engkau menilai tindakanku itu sebagai satu amal kebajikan,maka lepaskanlahku dari ancaman bahaya ini."
Dengan kuasa Allah S.W.T batu itu bergerak sedikit tetapi tetap mereka masih tidak boleh keluar.
Pemuda yang ketiga pula bercerita.Dia mempunyai seorang buruh yang sudah lama tidak datang menemuinya untuk menuntut duit gaji yang masih belum dibayar. Wang buruh itu digunakan untuk membeli seekor kambing untuk dipelihara sehingga banyak anaknya.
Pada suatu hari, buruh tersebut datang untuk menuntut gajinya kerana dia kesempitan wang. lalu pemuda tersebut menunujukkan lapangan yang luas dipenuhi oleh beratus ekor kambing. Buruh itu menyangka tuannya hendak mempermainkan dia tetapi setelah diterangkan, buruh itu sangat terkejut dan kesemua kambing itu diserahkan kepadanya.
Pemuda tersebut tidak mengambil walau seekor pun kambing tersebut kerana itu bukan haknya.
Lalu pemuda itu berdo kepada Allah:
" Ya Allah jika Engkau redhai perbuatanku itu sebagai amal kebajikan, maka berialh pertolongan supaya aku dapat keluar dari dalam gua ini."
Setelah selesai berdoa,maka batu yang besar itu pun beralih dan mereka dapat keluar dari gua itu dengan selamatnya.
Moral: Lihatlah betapa besarnya balasan orang yang ikhlas dalaa beramal. Ianya dapat membantu kita sewaktu dalam kesusahan.
Cerita diambil dari buku motivasi diri tulisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood "UBAT HATI" 

Monday, September 6, 2010

ayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."


***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***
"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."
 
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".


**** PENONTON TERCENGANG! ****
 


"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"
 
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,
 
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".
 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Di dalam riwayat yang lain,
Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".
 
(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
 
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
 
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".
 
"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".
 
"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
 
"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".
 
"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
 
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
 
" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
 
Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "
 


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****
 
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"

(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


**** TUKAR CHANNEL BALIK ****
 
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,
35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
 
6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).
 
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

 
**** BLACKOUT, TUTUP TV ****
 

Friday, September 3, 2010

~puteriku sayang~

lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
lembut bukan hiasan, bukan jua kebanggaan
tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
di sebalik bersih wajahmu
di sebalik tabir dirimu
ada rahsia agung  tersembunyi dalam diri
itulah sekeping hati yang takut pada ILAHI
berpegang pada janji mengabdikan diri
malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang akan boleh merampasnya melainkan yang pergi menyerah diri
ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
dari dirobohkan dan juga dibinasakannya
wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya
aduhai puteriku sayang
kau bunga kebanggaan
aduhai puteriku sayang
kau bunga idaman

Monday, August 30, 2010

MERDEKA YANG KE 53

this year genap 53 tahun MALAYSIA merdeka,,,,, betapa payahnya nenek moyang kita dulu cuba untuk membebaskan kita dari penjajah,,,,sanggup bergolok gadai, korbankan harta benda,nyawa untuk bebas dri cengkaman penjajah,,,,
sudah 53 tahun ini macam2 pembangunan telah kita kecapi....tapi semakin hari nilai2 murni dalam masyarakat semakin terhakis,,lebih2 lg dalam diri anak muda atau lebih tepat lagi dalm diri remaja...gejala buang bayi adalh isu yang menjadi perhatian masyarakat.....kes terbaru di shah alam seorang bayi lelaki yang cukup sifat diletak dalam beg kertas dan digantung di tiang papan tanda (tak silap aku la)
agak2nye ape punca masalah ni jadi ek???tapai kalau kita fikir,,puncanye adalah COUPLE!!!!!!!!!!cuba x payah couple msti benda nie x jadi kan????bukan aku nak label semua orang yg bercouple tue tak baik tapi.....bnda nie kita dapat elak if kita berpegang dengan ajaran agama....aku ada  pergi kem 2,,3 bulan lepas kot...tak ingt sngat la....tp ape pengisian kat kem tue menyedarkan aku.....sebelum nie aku bukan la baik sangat,,,blik dri kem 2 ak sedar apa tujuan aku kat dunia nie....hari terakhir kat kem 2 lepas subuh kami buat sikit usrah atau discussion...akak tue bukak tajuk CINTA...then ask us 0ne by one what our opinion about love,,,,,then when sampai turn aku,,,aku kongsikan ape yg aku dapat dri salah seorang kakak yg aku g kem ibadah solat when i'm in form four....she said that couple adalah salah satu dari cabang zina!!!!!nauzubillah....then kakak fasi aku tue agree ngan aku.....she explain more about that....ini penjelasan dia....
zina bukan hanya perhubungan batin antara lelaki dan perempuan,,,,,hati,mata,tangan juga termasuk dalam kategori zina,,kenapa????then lets we think together....bila kita bercouple mesti kita sentiasa ingat je kan lelaki tue atau vice versa .....so itu termasuk dalm zina hati....pas2 bila jumpa mesti ada adegan pegang2 kan????zina tangan pulak....tak ingat ke????diantara lelaki dan perempuan yg berdua-duaan ada makhluk ketiga yg dipanggil????SYAITAN!!!!!!!!!!ala confirm dorang akan cakap "ala setakat pegang2 je,bukan .......pun" pas bila yg berzina plak ckap..."ala setakat........je,,bkan pregnant pun"....then bila dah pregnant, bf x nk bertanggungjawab,kwn dh x nk kwn...masa 2 la bru ingt ALLAH.....baru cari sejadah,telekung....MASYAALLAH....surah al-israa ayt 32 ade menjelaskan tentang zina.....ALLAH melarang kita menghampiri zina...zina adalah perkara keji dan seburuk2 jln kehidupan...
then akak tue tanye lg.....adakah islam mengharamkan bercinta????????one of us then say that islam x larang tapi kita bercinta mengikut landasan syariat...CINTA BERLANDASKAN ISLAM....akak 2 bg tau yg x de cinta berlandaskan islam kalau x de ikatan yg sah.....x de ijab dan kabul....means here no love before married yg ade hanye selepas terjadinya ijab dan kabul,,,,mesti ade yg tanye mcm mane kite nk knal pasangan kite kalau x bercinta????itulah gunanya bertunang,,,dalam masa bertunang kite kenal bakal isteri or husband kite...itupun ade batasannye,,,,WALLAHUALAM
aku pun bukanlah pandai sangat dalam bab2 agama nie....tapi aku cuba untuk belajar....kalu ada yg salah aku mohon ampun dan maaf.....sila tolong perbetulkan,,,,,,,tapi ingatlah ALLAH telah berjanji yg lelaki baik untuk perempuan baik dan perempuan baik untuk lelaki yg baik....

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang melimpah (yaitu : Syurga )" (surah  An Nuur (24) : 26)