~AHLAN WASAHLAN~

Saturday, February 26, 2011

~pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul~

Nasihatku buatmu 
Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah S.W.T sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa redha Allah S.W.T, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat dari hidupmu. 
Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu menjadi lambat kerana kebanyakkan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu sepah di buang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.
Jika kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sesekali meminta apa yang di luar kemampuannya. Hatta, walupun mereka mampu memberikan segalanya padamu, jangan sekali-sekali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kepadanya. Ia takkan membahagiakan.
Jika kau seorang suami, tiada resepi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumahmu ke arahnya. Moga cintamu berkekalan hingga ke syurga.
     "Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan  pada sebuah prinsip yang merantai diri" 
 

*DIPETIK DARI BUKU PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL*

Friday, February 25, 2011

betul lah kata-kata ini "don't judge a book by it's cover" aku dan kawan aku dah salah buat judgement terhadap this person. ingatkan dia nie lain dari yang lain BUT sorry to say , sama je macam yang lain. ingatkan die permata among the glass.....
 .
ak teringat juga ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah:
"telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. maka kedua matanya, zinanya adalah memandang, kedua-dua telinganya,zinanya adalah mendengar. lisan zinanya adalah berkata. tangan zinanya adalh menyentuh, kaki zinanya adalah berjalan. dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan,"
aku pun bukanlah baik sangat untuk menghakimi orang macam nie but aku tahu janji Allah adalah pasti dan aku yakin dengan janjiNya.
syaitan ada dimana-mana untuk menggoda anak cucu Adam.
Ya Allah jauhilah aku dari lembah zina. . . . .
sedarlah wahai sahabat-sahabatku.....syaitan sentiasa ada 1001 cara untuk menyesatkan kita......mereka tak akn berhenti sampai berlakunya hari kiamat. .

Thursday, February 24, 2011



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali s

ebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

☆¨¯`♥ KISAH SAYA DAN AWAK ☆¨¯`♥


Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.


Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya..Alhamdulillah..

~iluvislam.com~

~>Ya Allah,Jadikanlah HATI Kami Ini Mencintai Hanya KeranaMu,
Moga Kami KEKAL Di Dalam REDHAMU..
Amin Allahumma Amin..

˙·٠•●❤ InsyaAllah,Mencintai awak kerana Allah..Cinta Selepas NIKAH!!Amin ya Allah..❤●•٠·

TELAH KUPILIH JALANMU

telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu

Monday, February 21, 2011

Andai Seorang Lelaki Itu Datang...

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...


MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,


"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"


TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?


Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...


BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!


Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...


Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...


-Artikel iluvislam.com

Wednesday, February 16, 2011

C!Nt@ TarBiyyah C!Nt@

Dahulu…
Aku didekatinya..
Aku mula mengenalinya…
Hati dan budinya….
Hingga terlafazlah janji untuk bersama….

Saat itu..
Hari-hari kulalui dengan hati yang gembira….
Kerana mengetahui ada insan yang menyayangi….
Mengambil berat akan diri….
Biarpun tidak pernah bersua…..
Biarpun jauh jarak yang memisahkan….
Tapi ia bukanlah penghalang kami bersama….

Teringat kata pepatah “cinta itu buta”…
Barangkali cinta itu tidaklah buta….
sedang ia dibutakan oleh si pemabuk cinta….

Hinggalah di suatu masa….
Aku menangis…..dan menangis…..
Kesepian…..kekosongan….
Teraba-raba mencari sesuatu…..
Biarpun tika itu ada insan yang menyayangi…..
Tapi bukan itu yang aku dimahukan….
Bukan itu yang dicari…..

Masanya tiba….
Takdir-Nya....
Aku didatangi insan yang menjadi perantara-Nya…
Membimbing dan mendidik diri ini…
Tika inilah aku mula mengenal erti tarbiyah….
SUBHANALLAH…..ALHAMDULILLAH…..ALLAHUAKHBAR….
Anugerah Allah yang tidak terhingga….
Betapa bersyukurnya diri….
Segala di benak fikirku akhirnya terjawab…..
ALLAH……inilah yang kucari-cari selama ini…

Si dia pencintaku dahulu aku tinggalkan….
Bersama janji cinta palsu yang pernah dilafazkan….
Demi mengejar cinta-Nya…..
Cinta yang hakiki….
Demi mengapai redha-Nya dan keberkatan-Nya….

Menyedari kekhilafan laluku….
Aku bangkit…..
Tekad dan azam di hati kupadukan….
untuk tidak mengulanginya lagi….
Biarpun banyak mulut yang berkata….
Tidak aku peduli…..
Kerana inilah jalan hidupku….
Jalan yang kupilih….

Ya Allah...
terima kasih atas kurniaan-Mu....
Aku bahagia....
bahagia akan segala kurniaan-Mu....
bahagia berada di jalan ini...
brsama akhwat2ku....
yang banyak membantuku...
tatkala imanku mula goyah...

Ya Allah, Kekuatan kupohon pada-Mu…..
Agar terus istiqomah di jalan ini….
Selama-lamanya….
Hingga penghujung nyawaku….
Amin….
Cinta tarbiyyah cinta
Pada-Nya ku bersujud dalam kerinduan di sepertiga malam....

salam KeMb@R@ $uF!
170211/1.08am

~Ya akh~

Ya akh,
Afwan...
Aku bukanlah wanita yang mudah utk kau dampingi…
Aku juga bukanlah wanita yang mudah membalas cinta si lelaki…
Aku bukanlah wanita yang mudah beramah mesra dengan yang bukan muhrimku..
Aku bukanlah wanita itu..
Kerana aku sedar aku harus menjaga diriku…
Hanya untuk yang bergelar zauj bagiku…

Ya akh,
Ana asifah kerana menolak permintaanmu…
Ketahuilah sesungguhnya aku menolakmu kerana engkau tidak halal bagiku..
Andai boleh aku ingin memberitahumu akan perasaanku…
Tetapi aku tidak mampu kerana syariat di hatiku…
Bagiku permintaanmu itu sungguh tidak berasas…
Adakah ini yang islam ajarkan kepadamu???
Mengapa harus kau mengikut cara barat dengan mengajakku ber”couple”??
Mengapa???
Sedang kau mengetahui ia bukan jalan yang harus diikuti..
Tika itu hilang rasa hormatku padamu ya akh…

Engkau bersungguh-sungguh mengatakan engkau sayang dan cinta padaku…
Tapi tidakkah kau mengetahui…
 ia sebenarnya mengajakku dan dirimu kepda perkara yang hanya menjebak diri kepada mendekati zina???
Inikah bukti cintamu???
Sungguh ia bagiku menjatuhkan maruahmu sebagai seorang lelaki…

Aku tidaklah memerlukan lelaki yang bijak bermadah kata…
Yang memberi janji itu dan ini…
Tapi cukuplah bagiku lelaki itu menjadikan islam sebagai cara hidupnya…
Yang melebihkan akhirat dari dunianya…
Yang menjaga dirinya dari fitnah duniawi…

Aku hanya memerlukan lelaki sebegitu…
Dalam meniti hari-hari mendatang…
Tetapi ia tidakkan menjadi sebuah realiti…
andai aku hanya berharap tanpa usaha…
Apa yang harus dilakukan adalah memperbaiki diri…
Membuang karat-karat jahiliyah yang ada dalam diriku…
Berusaha menjadi yang lebih baik dan terbaik dari masa laluku…

Ya akh,
Alhamdulillah…
Syukur ke hadrat-Nya…
Tidak ku sangka penolakanku terhadapmu itu ada hikmah yang tersembunyi…
Teringat aku pada surah Al-baqarah:216…
“boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu,
Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu..
Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”..
Ia bukanlah suatu yang sia-sia..
Kerana tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..
Tidak perlu ditangisi…
Kerana kini aku bahagia…
Cukup bahagia…

Aku harap engkau mengerti Ya akh…
Moga engkau belajar dari apa yang terjadi…
Allah telah menetapkan syariat untuk kita ikuti..
Maka, janganlah sesekali memilih yang selain dari itu..
Allah telah berfirman “Dan janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan
Dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedang kamu mengetahuinya”… (2:42)
asif..

BeR!H@t! Mu H@ny@ UntUk ALLAh, P@$t! ALLAh teMuk@N P@D@ Mu PeMiLik TeRB@!k,
K!R@Ny@  T!@d@ C!Nt@ In$@N! UnTukKU, CuKuPlAH C!Nt@ ALLAh PenYuLuh h!DUp KU...
MoG@ KeLak @Kn @dA C!Nt@ UntUk Ku D@R!pada !n$@N yg MenC!nTA! ALLAH,
sebagaimana  C!nt@ Ku TerH@d@pnYA,
Moga C!nt@ kepada ALLAH memenuh! Ru@ng H@T!Ku,
T!D@k BeRbelah B@Gi hanya Untuk-Nya

KeMb@R@ $uF!
170211/2.00am



Monday, February 14, 2011

Titipan Buat Wanita

alt 


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki"
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
- Artikel iluvislam.com
Sumber Grafik: Budie Herfian

Sunday, February 13, 2011

~valentine day~

valentine day???? sudah terang lagi bersuluh bahawa valentine day adalah haram disambut oleh umat Islam. . tapi saya pelik kenapa masih ramai yang mempertikaikan tentang sambutan hari yang mengarut ini????ehm..  . . . .mungkin diaorang masih jahil tentang semua ini. . . .
Ya Allah moga-moga Kau membuka hati mereka. . . .
hari valentine sering di kaitkan dengan cinta tapi adakah mereka mengetahui erti cinta yang sebenarnya????
bak kata HAMKA
" cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. cinta bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan. cinta bukan melemahkan kudrat tetapi membangkitkan semangat. 
cinta sebahagian daripada fitrah insan, orang yang membenci cinta boleh di anggap tidak normal, tetapi ramai juga yang menderita dan terseksa kerana cinta. bersyukurlah orang yang masih di beri rasa cinta dan boleh menangani rasa cinta itu dengan waras. 
Islam tidak melarang remaja itu bercinta dengan syarat cinta itu sah di sisi syariat dan menjaga adab islamiyah. tetapi ingatlah wahai ikhwan dan akhwat tiada cinta antara 2 orang ajnabi sebelum terjadinya Ijab dan Kabul.
cinta Allah adalah cinta yang tidak bertepi. jika sudah mendapatkan cintaNya alangkah manisnya bercinta dengan Allah. tiada lagi keluh kesah, tubuh lesu, tidak ada pandangan kuyu, yang ada cuma optimis menghadapi segala dugaan dan rintangan dalam hidup ini. tubuh yang kuat beribadah akan terus melangkah untuk menggapai cita-cita iaitu mencari redhaNya. rezeki.maut,jodoh dan langkah kita semuanya telah di aturkan oleh Allah. amat rugilah manusia yang di ulit oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dunia dan hanya mementingkan diri sendiri. pada hal nasib di akhirat kelak ditentukan oleh dirinya  ketika hidup di dunia. bersungguh-sungguh mencintai Allah atau terlena oleh cinta dunia yang fana ini???
ramai mengaku cinta pada Allah dan Allah hendak menguji cintanya itu. namun manusia selalu gagal membuktikan cinta nya pada Allah disebabkan sedikit dugaan yang ditimpakan oleh Allah padanya. Yakinlah wahai sahabat kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambaNya yang beriman.
wahai ikhwan dan akhwat berhijrahlah dari CINTA MONYET kepada CINTA AGUNG!!!!!!!!!
janganlah kita terpengaruh untuk meraikan valentine day kerana ternyata ia bukan budaya kita serta suburkanlah rasa cinta kepada ALLAH S.W.T, RASULULLAH S.A.W, ibu bapa kita dan kepada yang masih belajar, kejarlah dahulu cita2 anda. bahagiakanlah ibu bapa yang sudah banyak berkorban untuk kita sedari kita belum mengenal apa itu dunia........
SAY NO TO VALENTINE DAYS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

:MuHasaBah DiRi:: Seorang Muslimah Sejati

:MuHasaBah DiRi:: Seorang Muslimah Sejati: "Seorang muslimah sejati,yang lembut fitrah tercipta,halus kulit, manis tuturnya,lentur hati,telus wajahnya,setelus rasa membisik di jiwa,"

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]
Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]
Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]
Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.
- Artikel iluvislam.com

Saturday, February 12, 2011

*aku mengimpikan*




Ya ALLAH Ya Tuhanku
aku tidak mengimpikan si dia yang perfect
kerna aku jua bukanlah perfect
silam ku amat kelam
terlalu banyak dosaku padaMu
aku adalah masih dalam perjalanan mendidik diri menjadi hambaMu yang solehah
yang mengharapkan keredhaanMu
aku tidak mencari teman seperti Nabi Adam
kerna aku bukanlah sesempurna Siti Hawa
aku juga tidak mencari teman setampan Nabi Yusuf
kerna aku bukanlah Zulaikha
aku juga tidak mengharap teman seperti kekasihMu Muhammad S.A.W
kerna aku tidak mampu menjadi seperti Siti Khadijah
aku juga tidak mencari teman sehidup semati seperti Saidina Ali
kerna aku tidak setabah Siti Fatimah
aku hanya mengharapkan
seseorang yang mampu membimbing aku ke jalanMu
membimbing ku dan menegurku jika aku berbuat kesalahan
yang boleh menjadi imam kepada solatku
yang mampu menghidupkan malam-malamku tahajud kepadaMu
seseorang yang InsyaAllah aku akan menjadi pendampingnya
di syurga Mu kelak
AMIN. . .



by :)

~personaliti lelaki muslimin mengikut bulan kelahiran Islam~

artikel nie aku c0py fr0m FB one of my fren. . . .

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian yang ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya'ban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibubapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalan kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keluru, dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

sekadar penduan untuk kita tetapi jangan terlalu percaya...

wallahua'lam...."

Thursday, February 10, 2011

~pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul~

Definisi Cinta

Bahasa : Perkataan al-hubb atau al-hibb bererti cinta dan kasih sayang. Tahabbaba ilaihi ertinya dia mencintainya. Habiib bermakna kecintaan atau yang dicintai. Jama' hubb atau hibb ialah ahbaab, habbaan, habuub dan hababah.

Istilah : Kecenderungan atau ikatan hati yang b'laku antara kedua-dua belah pihak yang mencintai.


Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yg ditarik hidung oleh nafsu.
  • Menyibukkan hati merindui makhluk yg tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bg syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.
  • Hati akan terseksa dengan barah rindu.
  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
  • Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
  • Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta.
  • Fitnah cinta ibarat racun yg akan membunuh akal, kiwa dan perasaan.
  • Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
  • Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
Nauzubillah

" Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita dia akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."

- Dipetik daripada "PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL' karya FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN -

~pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul~

setelah membaca buah tangan dari penulis berbakat Fatimah Syarha Mohd Noordin ini hatiku terdetik alangkah seronok dan indah bercinta dengan-Nya. , ,mampukah aku menjadi seperti Qani'ah? memperoleh imam sehebat Dr.Musli? aku teringat firman Allah dalam Surah An-Nur  24:36
"dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik" 
dan untuk mendapat imam sehebat Dr Musli aku harus mencintai Allah dan Rasulullah dahulu. Sifat soleh seorang ikhwan itu di cipta oleh Allah S.W.T maka cintailah Allah in the first place.
Now it time for me to give my love to:
Kekasih terAgung, Allah S.W.T
Rasulullah S.A.W
My beloved parent
dan tugas aku adalah menjaga diri dari segala budaya yang tidak sihat dan juga menuntut ilmu supaya dapat membalas jasa mak dan ayah yang dah banyak berkorban untuk melihat anak sulung mereka berjaya dan menjadi sumber inspirasi buat adik-adik.
Cinta selepas Ijab dan Kabul adalah menjadi impianku. Moga2 ia terlaksana. Amin......


~pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul~

finally, i got the book that i asked my friend bought for me. . .
buku nie tersangat bagus untuk bacaan remaja pada masa hari ini. . . mengandungi banyak nasihat dan panduan yang berguna. .