~AHLAN WASAHLAN~

Thursday, January 27, 2011

Pengembaraan Alam Dunia: Jangan dilupa kelopakmu...

Pengembaraan Alam Dunia: Jangan dilupa kelopakmu...: "Wahai pemudi, engkau aku umpamakan sekuntum bunga yang cantik, menghiasi taman dunia ini dengan pelbagai warna dan haruman asli. Setiap pagi..."

Saturday, January 22, 2011

Aku mencari.....

walau bukan putera raja
biarlah putera agama
yang diimpi 
biarlah tak punya rupa 
asal sedap dipandang mata
yang dinilai 
bukan sempurna sifat jasmani 
asalkan sempurna hati
yang diharap 
bukan jihad pada semangat 
asalkan perjuangan punya matlamat
yang datang 
tak perlu rijal yang gemilang 
kerana ana muslimah dengan silam yang kelam 
yang dinanti 
bukan lamaran dengan intan permata ataupun harta dunia
cukuplah akad dan janji setia sampai ke syurga 
dan jika tak sama kehendak hati 
ana redha ketetapan Ilahi 
kerana itulah ketetapan sejak azali