~AHLAN WASAHLAN~

Tuesday, December 7, 2010

kisah teladan: KEIKHLASAN 3 PEMUDA

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menceritakan:
Pada suatu hari ada 3 pemuda yang mengembara terperangkap dalam sebuah gua. Lalu mereka bertiga berdoa kepada Allah agar dapat mengalihkan batu besar  yang menutup pintu gua agar mereka dapat keluar dari gua tersebut.
Pemuda pertama mula bercerita tentang amalan yng telah dilaksanakan terhadap keluarganya. Dia adalah seorang pengembala kambing. Susu yang diperolehi daripada kambing itu akan diberi minum kepada kedua ibu bapanya dahulu sebelum diberi kepada isteri dan anak-anaknya. Walaupun anak-anaknya menangis kelaparan,dia tetap mengutamakan kedua orang tuanya. Dia berdoa jika amalannya itu adalah kebajikan,keluarkanlah mereka dari gua tersebut. Dengan kekuasaan Allah maka batu tersebut beralih sendiri tetapi mereka tetap tidak boleh keluar dari gua tersebut.
Kemudian pemuda kedua pula menyambung ceritanya. Dia terpikat dengan anak pak ciknya sendiri yang sangat cantik. Pada suatu ketika dia tidak dapat mengawal lagi dirinya lalu cuba menggoda gadis itu. Lalu gadis tersebut menegahnnya:
" Tidakkah kamu takut kepada Allah?Masih ada cara yang halal untukmu iaitu berkahwin denganku."
Lalu pemuda itu menguburkan keinginnanya kerana sedar akan kesilapannya.
Dia pun mula berdoa kepada Allah:
" Ya Allah,jika Engkau menilai tindakanku itu sebagai satu amal kebajikan,maka lepaskanlahku dari ancaman bahaya ini."
Dengan kuasa Allah S.W.T batu itu bergerak sedikit tetapi tetap mereka masih tidak boleh keluar.
Pemuda yang ketiga pula bercerita.Dia mempunyai seorang buruh yang sudah lama tidak datang menemuinya untuk menuntut duit gaji yang masih belum dibayar. Wang buruh itu digunakan untuk membeli seekor kambing untuk dipelihara sehingga banyak anaknya.
Pada suatu hari, buruh tersebut datang untuk menuntut gajinya kerana dia kesempitan wang. lalu pemuda tersebut menunujukkan lapangan yang luas dipenuhi oleh beratus ekor kambing. Buruh itu menyangka tuannya hendak mempermainkan dia tetapi setelah diterangkan, buruh itu sangat terkejut dan kesemua kambing itu diserahkan kepadanya.
Pemuda tersebut tidak mengambil walau seekor pun kambing tersebut kerana itu bukan haknya.
Lalu pemuda itu berdo kepada Allah:
" Ya Allah jika Engkau redhai perbuatanku itu sebagai amal kebajikan, maka berialh pertolongan supaya aku dapat keluar dari dalam gua ini."
Setelah selesai berdoa,maka batu yang besar itu pun beralih dan mereka dapat keluar dari gua itu dengan selamatnya.
Moral: Lihatlah betapa besarnya balasan orang yang ikhlas dalaa beramal. Ianya dapat membantu kita sewaktu dalam kesusahan.
Cerita diambil dari buku motivasi diri tulisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood "UBAT HATI" 

No comments: