~AHLAN WASAHLAN~

Tuesday, June 21, 2011

Cinta Allah

Ada seorang insan. Dia kehilangan cintanya. Hidupnya berubah. Sekelilingnya gelap dan sepi. Sepi dunia dalamnya. Gelap dunia luarnya. Dia cuba mencari cintanya yang hilang itu, tetapi mata hatinya tidak terbuka pada pencarian cintanya yang hilang itu. Malang fikirnya. Duka rasanya. Dalam kesiksaan yang dilaluinya, dia ternampak samar-samar cahaya. Mata hatinya terbuka ke arah itu. Hatinya dicium setitik harapan. Dia mula bertenaga. Dia mula cuba hidup kembali. Dia mula mahu mengenali cahaya itu.

Cinta...apa yang difikirkannya hilang itu sebenarnya bukan cinta. Namun Tuan empunya cinta itu ada ceritaNya sendiri. CaraNya sendiri. Akhirnya insan itu mengenali milik siapakah cintanya itu. Sungguh ajaib, dalam derita dan kegelapan, insan itu akhirnya jumpa cinta yang sebenar. Cintanya yang hilang sebaik dia mula jinak dengan duniawi...SubhanAllah...
di copy dari :  
http://networkedblogs.com/jtJy9Cintakan bunga,bunga akan layu
Cintakan manusia,manusia akan mati
tapi
Cinta Allah itu kekal abadi....

Ya Allah Kekalkan rasa cintaku padaMu.....
jangan aku mencintai manusia lebih dari aku mencintaiMu
kerana cinta manusia tidak kekal abdi
tapi cintaMu amat manis dan Kau segalanya buat diri ini

By: Khazinatul asrar

No comments: