~AHLAN WASAHLAN~

Saturday, February 26, 2011

~pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul~

Nasihatku buatmu 
Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah S.W.T sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa redha Allah S.W.T, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat dari hidupmu. 
Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu menjadi lambat kerana kebanyakkan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Habis madu sepah di buang. Jika ingin mencari isteri pula, biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.
Jika kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sesekali meminta apa yang di luar kemampuannya. Hatta, walupun mereka mampu memberikan segalanya padamu, jangan sekali-sekali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kepadanya. Ia takkan membahagiakan.
Jika kau seorang suami, tiada resepi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumahmu ke arahnya. Moga cintamu berkekalan hingga ke syurga.
     "Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan  pada sebuah prinsip yang merantai diri" 
 

*DIPETIK DARI BUKU PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL*

No comments: